Fakta Menarik Tentang Katak
Fakta Menarik Tentang Katak
Katak tidak minum air,sebaliknya ia
menyerap air dari persekitaran melalui proses osmosis. Osmosis merujuk
kepada pergerakan bersih molekul pelarut (air) menyeberangi satu membran
separuh telap dari kawasan berkepekatan tinggi kepada kawasan
berkepekatan rendah. Proses ini adalah satu proses pasif dan berlaku
apabila dua larutan dengan kepekatan yang berlainan diasingkan oleh satu
membran separa telap, iaitu membran khusus yang hanya boleh dilalui
oleh molekul pelarut sahaja dan bukan molekul bahan yang tidak larut.
Proses ini berlaku pada membran sel
semula jadi atau membran buatan tanpa menggunakan sebarang tenaga. Dalam
satu sistem tertutup, proses in terjadi akibat pergerakan rawak molekul
dan berterusan sehingga kepekatan molekul menjadi seimbang dalam
seluruh sistem itu.
0 komentar:
Posting Komentar